Penarafan Perusahaan Sosial diwujudkan untuk
mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial
bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan.
Jenis Penarafan
Perusahaan Sosial Asas (SE.ASAS)
- Organisasi mestilah memenuhi deskripsi perusahaan sosial yang berkuatkuasa di Malaysia
- Berdaftar dengan undang-undang bertulis di Malaysia
- Sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 6 bulan
- Didorong oleh matlamat untuk menangani Sosial Dan/Atau Alam Sekitar
- Mempunyai kumpulan sasar yang jelas
- ≥ 30% hasil pendapatan diperolehi daripada aktiviti perniagaan
- Organisasi yang ingin memohon digalakkan untuk mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Sosial anjuran INSKEN
Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.AC)
- Organisasi mestilah mendapat penarafan sebagai SE.Asas terlebih dahulu
- Sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 2 tahun
- ≥ 50% hasil pendapatan diperolehi daripada aktiviti perniagaan
- ≥ 25% daripada keuntungan disalurkan kepada misi sosial dan/atau alam sekitar
- Mempunyai laporan pengukuran impak Sosial Dan/Atau Alam Sekitar yang jelas
- Tempoh sah laku – 5 tahun daripada tarikh kelulusan
Tarikh kemaskini pada 10 October 2023
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan sijil pendaftaran organisasi
Dokumen yang menyatakan tujuan penubuhan dengan jelas
Akaun Pengurusan (Management Account)
Akaun Beraudit Disatukan (Consolidated Audited Account)
Tarikh kemaskini pada 10 October 2023
Perusahaan Sosial adalah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.
Ciri-Ciri Perusahaan Sosial

Didorong Oleh Matlamat/ Didorong Oleh Tujuan

Perniagaan Berdaya Maju

Menangani Cabaran Sosial Dan/ Atau Alam Sekitar

Mencapai Impak Positif
Matlamat Keusahawanan Sosial

Penyertaan sosial yang inklusif

Pendidikan untuk semua

Kesaksamaan sosial

Melindungi mangsa keganasan

Perumahan mampu milik

Jaminan makanan

Penjagaan kesihatan untuk semua

Pemeliharaan budaya dan warisan

Akses kepada air bersih dan sanitasi

Pemeliharaan alam sekitar

Tindakan iklim
Tarikh kemaskini pada 10 October 2023
Kumpulan Sasar

Kanak-kanak

Warga Emas

Orang Kelainan Upaya

Gelandangan dan Pengemis

Mangsa Bencana Alam

Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Pesalah di bawah perintah khidmat masyarakat

Mangsa Pemerdagangan Manusia

Belia Kurang Bernasib Baik

Populasi Rentan

Masyarakat Orang Asli/ Asal

Keluarga Rentan: Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal

Orang yang mengalami ketagihan

Bekas Banduan

Individu tanpa Dokumen

Golongan miskin dan miskin tegar

Perlindungan Haiwan
Tarikh kemaskini pada 10 October 2023